Kajian impak pengambilalihan tol lain siap 2-3 bulan lagi

  • 5 years ago
Kajian impak terhadap cadangan pengambilalihan konsesi tol lain di seluruh negara dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.Lim berkata kajian yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya itu perlu dibuat secara terperinci memandangkan proses pengambilalihan tol lain lebih rumit berbanding pengambilalihan empat konsesi tol di bawah Gamuda Berhad (Gamuda).Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Hasil 2019 hari ini.Mengulas lanjut, Lim berkata pengambilalihan empat konsesi tol terbabit tidak terlalu rumit kerana kesemuanya dimiliki sebuah syarikat selain tol terbabit terletak dalam bandar.Pada masa sama, Lim meminta semua pihak termasuk media agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung cadangan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya daripada Gamuda memandangkan proses itu masih berjalan.Kerajaan sebelum ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih empat konsesi lebuhraya yang mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.Lebuhraya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.