Menteri cadang ceramah 6 jam lesen memandu diterap ke sekolah menengah

  • 5 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mencadangkan supaya ceramah enam jam yang dihadiri sebelum mengambil lesen memandu diterapkan melalui kurikulum sekolah pada tingkatan 4.Loke berkata, jika ia boleh dilaksanakan, maka pelajar tingakatan 4 yang mengikuti program keselamatan jalanraya di sekolah itu tidak perlu menghadiri ceramah enam jam tersebut.Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran modul pendidikan keselamatan jalan raya (PKJR) bagi sekolah rendah peringkat kebangsaan.Modul PKJR setakat ini diajar secara penyerapan dalam subjek Bahasa Melayu di semua sekolah rendab mulai tahun 2007 lagi.