Selangor gesa pihak kuil Seafield patuh keputusan mahkamah

  • 5 years ago
Semua pihak yang terlibat dalam pertikaian undang-undang mengenai Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor perlu menghormati dan menerima keputusan mahkamah yang untuk membatalkan saman bagi menghalang binaan tersebut.Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata gesaan itu dibuat bagi menjamin ketenteraman awam dan keluhuran undang-undang terpelihara."Kerajaan Selangor sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi mematuhi dan melaksanakan keputusan hakim dan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi menjamin kesentosaan negeri," katanya dalam satu kenyataan.Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan 50 plaintif untuk menghalang syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd daripada mengambil tapak Kuil Sri Maha Mariamman.Hakim Wong Kian Kheong dalam penghakimannya berkata, 50 penganut Hindu yang bertindak sebagai plaintif tiada locus standi untuk menyaman lima defendan.Salah satu defendan ialah syarikat pemaju tersebut.Wong juga menolak permohonan injunksi oleh plaintif untuk menghalang One City daripada mendekati tanah itu untuk meruntuhkan kuil, serta menangguhkan pelaksanaan writ pemilikan syarikat itu.Dalam penghakiman bertulisnya, Wong berkata tiada bukti adat Hindu mempunyai kuasa undang-undang seperti dalam hujah plaintif.Pertikaian terhadap hak milik tanah Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield USJ 25 sampai ke kemuncak pada November lalu apabila tercetusnya rusuhan selepas rumah ibadat terbabit diceroboh sekumpulan samseng.Dalam rusuhan itu seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis lalu selepas mengalami kecederaan ketika ditugaskan di kejadian rusuhan di kuil berkenaan.

Recommended