Potong ‘stim’ nak lepak

  • 5 tahun lalu
TAK ‘berasap’ mana best borak, tiada feel!

Itu reaksi kebanyakan perokok yang saya temui selepas hampir sebulan pelaksanaan larangan merokok di premis makanan di seluruh negara. Aktiviti melepak mereka kini sudah jadi tidak ‘meriah’.

Kata mereka, duduk lama-lama di restoran tanpa rokok terasa cukup resah.

Kalau dahulu boleh lepak dua, tiga jam, sekarang tak sampai setengah jam pun buntut sudah ‘panas’.

Itulah sebab agaknya ada restoran mamak dikatakan mula berkurangan pelanggan sejak undang-undang itu dikuatkuasakan.