Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yakin salah seorang iaitu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atau sepupu Altantuya Shaariibuu dari Mongolia telah berbohong.
Dalam kenyataan di Facebook, katanya, Najib mendakwa beliau pernah bersumpah di masjid bahawa dirinya tidak pernah bertemu dengan Altantuya, manakala Burmaa Oyunchimeg mengangkat sumpah di mahkamah bahawa mendiang pernah menunjukkan gambarnya bersama pakar pertahanan Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang menurutnya bernama “Razak”.
Jelas kenyataan itu, logiknya salah seorang dari mereka mungkin menipu.
Semalam, Burmaa, yang menjadi saksi dalam saman RM100 juta yang dikemukakan oleh keluarga Altantuya, menegaskan bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya bersama dua lelaki itu.
Najib kemudian mengulangi bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan Altantuya.
Kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 telah menghantui Najib dalam tempoh 13 tahun yang lalu. Walaupun beliau berulang kali menafikan sebarang pembabitan dan dibersihkan oleh pihak berkuasa, namun namanya terus dikaitkan.
Pada Januari 2015, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan menjatuhkan hukuman mati kepada bekas anggota pasukan polis elit, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar atas pembunuhan itu.
Walau bagaimanapun, Sirul sebelum itu telah melarikan diri ke Australia apabila Mahkamah Rayuan membebaskan mereka.
Memandangkan undang-undang Australia melarang pengusiran mereka yang berdepan dengan hukuman mati di negara asal, dia kini ditahan di pusat tahanan imigresen di Sydney.
Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan dua bekas anggota polis berkenaan dalam pembunuhannya itu, dibebaskan.

Category
🗞
News