Kesal dengan PH, peneroka adu kesusahan hidup pada Najib

  • 5 years ago
Kesal dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini, seorang peneroka Felda tampil mengadu nasib kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Melalui perkongsian video yang dimuat naik di Facebook Najib, wanita itu mendakwa ramai peneroka kini hidup menderita.

Malah, katanya, harga belacan hari ini lebih tinggi berbanding harga sawit.

Menurut peneroka yang tidak dikenali itu, kesusahannya semakin terserlah apabila gagal membayar segala keperluannya.

Katanya, dia sangat berharap agar Najib dapat membantu mereka.

Dalam video itu, Najib turut dilihat sebagai berkata bahawa dirinya akan bantu jika BN masih memerintah.

Najib turut menyatakan rasa kesalnya dengan apa yang didakwa sebagai penipuan kerajaan Pakatan Harapan.