Banglo mewah jadi pusat 'admin' judi online

  • 5 tahun lalu
AMPANG JAYA 22 Jan. - Sebanyak 23 warga China termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan di dua buah banglo mewah di 20 Trees West, Taman Melawati, di sini hari ini.

Serbuan kira-kira pukul 1 petang dijalankan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor dengan kerjasama Bukit Aman itu dibuat selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara haram.