Waris Adib terima sumbangan, kenaikan pangkat Gred KB22

  • 5 years ago
Di Majlis Penghargaan Wira Riben Merah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin secara simbolik menyerahkan kenaikan pangkat Gred KB22 kepada bapa anggota bomba Muhammad Adib, iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid.Beliau juga menyampaikan lapan pelbagai sumbangan kepada keluarga Muhammad Adib yang keseluruhannya berjumlah RM298,755.Pengerusi Yayasan Eco World Tan Sri Lee Lam Thye menyerahkan cek sumbangan RM10,000 kepada keluarga Muhammad Adib.Waris keluarga enam Wira Merah yang terkorban semasa menjalankan tugas penyelamatan di Lombong Taman Putra Perdana Puchong, Selangor pada 3 Okt lepas turut menerima sumbangan sebanyak RM362,282 dan RM50,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba Subang Jaya cedera parah dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis lalu.

Recommended