Detik-detik tsunami terjah pagar luar penduduk

  • 6 years ago
Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan bagaimana tsunami menerjah kawasan perumahan di Banten, Indonesia pada malam Sabtu lalu.

Rakaman yang disiarkan TVOne dari CCTV yang dirakam di sebuah rumah, menunjukkan situasi yang tenang secara tiba-tiba dilimpahi arus deras air sehingga meranapkan bangunan sekitar.

Tsunami yang berlaku di Selat Sunda tanpa disebabkan gempa bumi kini mengorbankan lebih 200 nyawa.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia setakat 4 petang semalam, korban akibat tsunami itu kini seramai 222 orang, 843 cedera dan 28 dilaporkan masih hilang.

Tsunami itu dipercayai berlaku disebabkan pergerakan tanah di bawah dasar laut akibat letusan gunung Anak Krakatau yang disusuli dengan gombang air pasang serta gelombang kuat dan kombinasi itu menyebabkan tsunami berlaku secara tiba tiba.