Zahid serah tugas Presiden kepada Mohamad Hasan

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menyerahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan menjalankan tugas-tugas Presiden parti bagi menyelamatkan UMNO daripada terus berpecah dan juga demi penyatuan ahlinya.

Presiden UMNO itu berkata, langkah tersebut penting dalam usaha memastikan UMNO bangkit kembali terutama ketika ramai ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima pelbagai tekanan agar meninggalkan parti itu.