Zainuddin Maidin meninggal dunia

5 years ago
Tokoh wartawan dan Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik allahyarham, lapor Bernama.

Pada 13 November lalu, allahyarham yang berusia 79 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya akibat masalah paru-paru berair.