Cuti sempena himpunan Icerd tak wajar - Anwar

  • 6 years ago
Tindakan kerajaan Kelantan memberikan cuti peristiwa untuk negeri itu pada 9 Dis ini dianggap tidak wajar oleh Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata hal itu kerana kelulusan untuk cuti tersebut dibuat semata-mata untuk membolehkan penduduk negeri itu menghadiri himpunan di Kuala Lumpur.

"Saya tidak fikir wajar bagi cuti untuk demonstrasi," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson berkata demikian sebagai menjawab soalan media mengenai himpunan dijadual pada Sabtu ini di Kuala Lumpur.

PAS sudah mengerah anggota dan penyokongnya untuk menyertai himpunan tersebut, selain mengadakan siri ceramah jelajah bagi mempromosi program menyatakan kesyukuran atas penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Recommended