APA nak tulis pasal X-ADV ini ya? Memang sukar pada mulanya sebab pada sangkaan penulis, ia sama seperti skuter yang pernah ditunggang uji sebelum ini. Tapi ternyata tidak demikian. Penulis sendiri tidak menjangkakan jentera Honda ini memiliki pelbagai keunikan dan keistimewaan. Baik dari segi reka bentuk, prestasi mahupun spesifikasi, semua mengujakan. Bukan setakat dalam bandar, ‘meleper’ boleh, off-road lagi boleh! Terbaik bukan?
Category
🗞
News