Selangor umum bantuan khas 1 bulan gaji kepada penjawat awam negeri

5 years ago
Kerajaan negeri Selangor mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak 1 bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 20 Desember 2018 yang memberi implikasi kewangan sebanyak RM34.53 juta.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam pembentangan belanjawan negeri 2019.

Dalam pembentangan itu juga, Amirudin berkata bermula tahun hadapan tidak akan ada lagi bayaran khas secara terus kepada semua namun ia akan diberi berdasarkan tahap prestasi penjawat awam terbabit.