Imej negara tercemar, tuntut ganti rugi daripada Goldman

  • 6 years ago
Kerajaan Malaysia perlu bertindak lebih agresif untuk mendapatkan ganti rugi daripada Goldman Sachs Group Inc berhubung kesan skandal 1MDB terhadap reputasi negara, kata Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson).

Dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019, Anwar berkata ini lebih-lebih lagi semasa siasatan kerajaan AS ke berhubung urusan Goldman Sachs dengan 1MDB sedang giat dijalankan.