Menteri pesan kurangkan makan manis sempena Deepavali

  • 6 years ago
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan ‘Selamat Hari Deepavali’ kepada semua yang menyambut perayaan itu dengan fasih sekali dalam bahasa Tamil.

Video berdurasi 25 saat itu telah menarik minat khususnya kaum India dan turut menyelitkan pesanan agar rakyat Malaysia mengawal pengambilan gula pada musim perayaan.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Ismail Amsyar berkata Dr Dzulkefly mengambil masa kira 30 minit untuk menghafal ucapan itu sebelum penggambaran dijalankan.

“Vanakkam, saya Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan anda memohon anda kurangkan serta mengawal dari memakan makanan manis-manis ketika pada Deepavali kali ini.

“Jangan ambil makanan bergula dengan banyak sangat. Kepada semua masyarakat India, saya ucapkan Selamat Hari Deepavali,” katanya.