K’jaan perketat pemeriksaan laluan orang kenamaan

  • 6 years ago
Kerajaan akan memasang mesin pengimbas x-ray di laluan orang kenamaan (VIP) di lapangan terbang dalam usaha menangani kegiatan haram, termasuk penyeludupan wang.

Selain itu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen turut akan ditempatkan di luar bilik menunggu khas berkenaan.

"Pengimbas x-ray kastam akan diletakkan di laluan VIP untuk membanteras isu berkenaan penyeludupan wang.

"Memang kita sedar itu masalah yang boleh disalahgunakan melalu laluan VIP.

"Kita akan perketatkan peraturan," kata Loke ketika menjawab soalan tambahan Pang Hok Liong (HARAPAN DAP-Labis) yang membangkitkan usaha kerajaan untuk menangani tindakan penyeludupan wang sebelum ini, yang menjangkau RM49 juta.