Guna otak sebelum cakap, menteri tempelak MCA

  • 6 years ago
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menempelak Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Leong Kim Soon kerana mengkritik keputusan kerajaan untuk membatalkan kesemua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 31 Ogos ini.

Kata Anthony, kritikan mereka itu mencerminkan kepimpinan MCA sebelum ini yang dilihat tidak berbuat apa-apa berhubung isu AES.

Baru-baru ini, Wee dalam satu posting di Facebook berkata PKR dan DAP selama ini mahu AES dihapuskan kerana berpendapat sistem itu kejam dan menjadi alat oleh kerajaan BN.

Manakala Leong menyifatkan Anthony sebagai tidak bertanggungjawab apabila membatalkan semua saman AES.

Recommended