Kalau saya tuhan - Mohamed Hanipa

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 31 Mac - Tanggungjawab memelihara kesucian Islam tidak boleh diletakkan kepada Pakatan Harapan diketuai DAP kerana pemimpin yang beragama Islam daripada pakatan itu pun telah mempermain-mainkan soal yang membabitkan akidah Islam.

Ungkapan “Kalau saya tuhan” yang dituturkan oleh Ahli Parlimen Sepang dari PAN, Mohamed Hanipa Maidin tidak hanya menunjukkan keangkuhan tetapi juga kerapuhan pegangan pemimpin-pemimpin pakatan jika diharapkan mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pe­ngerusi Gerakan Pem­bela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau hairan kenapa golongan agamawan daripada Pakatan Harapan khususnya PAN masih lagi tidak menegur tindakan Mohamed Hanipa itu yang secara terang-terangan menghakis pegangan seorang Muslim.

Ujar Ismail, meskipun kata-kata berkenaan dituturkan dalam sidang Dewan Rakyat, tindakan Mohamed Hanipa itu wajar mendapat perhatian daripada pihak berautoriti agama Islam kerana telah membabitkan soal akidah. - UTUSAN ONLINE