POKB, PKKN bawa bekas pesakit kusta cuba MRT

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Seramai 29 orang bekas pesakit kusta hari ini telah mendapat pengalaman menaiki perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) buat kali pertama dalam hidup mereka.

Kesemua mereka merupakan peserta program De Tour Bangkit Bersama Kasih anjuran Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang diadakan bagi meraikan para pesakit berkenaan selain menyediakan mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, ini merupakan program pertama anjuran persatuannya bersama dengan bekas pesakit kusta.

Jelas beliau, sasaran program khidmat masyarakat (CSR)  ialah untuk memberi kesedaran kepada masayarakat bahawa kerajaan juga mengambil berat kesejahteraaan golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam membangunkan negara. -