Orang ramai teruja guna Jalan Pintas Rawang-Serendah

  • 6 tahun lalu
RAWANG 29 Nov. - Pengguna jalan raya yang menggunakan Jalan Pintas Rawang-Serendah (Bypass Rawang) begitu teruja selepas pertama kali menggunakan kemudahan yang dibuka secara rasminya kepada orang ramai hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan berkenaan mendapati, pelbagai jenis kenderaan menggunakan laluan alternatif sepanjang sembilan kilometer itu dan ternyata ia memudahkan perjalanan antara Rawang dan Serendah.

Pengguna juga menempuh detik menyeronokkan kerana menikmati pemandangan segar dan indah ketika menyusuri kawasan berbukit dengan jarak ketinggian 58.2 meter yang sekali gus menjadikannya jambatan tertinggi di negara ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/orang-ramai-teruja-guna-jalan-pintas-rawang-serendah-1.563132#ixzz4zpB9l2ms
© Utusan Melayu (M) Bhd