Kenduri durian ‘Pak Tam’ meriah

  • 6 tahun lalu
KUBANG PASU 8 Ogos - Majlis Jom Makan Durian Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar berlangsung meriah di Kampung Lahar, Mukim Malau dekat sini, pagi ini.

Dengan dihadiri lebih 100 individu terdiri daripada penduduk kampung serta kakitangan kerajaan, lebih 250 kilogram durian, cempedak serta rambutan habis dimakan dalam tempoh tidak sampai sejam.