Konsert Wings & Superfriends, Datuk M. Nasir sempena Karnival Fiesta

  • 6 tahun lalu
KESIBUKAN Datuk Awie bersama kumpulannya, Wings tidak ada tanda noktah. Selain daripada menjalani penggambaran komersial, tawaran berlakon filem juga menjadi rencah dalam kerjaya Awie.

Terus terang Awie mengakui menyimpan angan-angan untuk duduk dibangku Pengarah sebagai Pengarah Penuh di bawah produksi miliknya, Awie Entertainment. Namun realitinya, kata Awie, umpama bulan jatuh ke riba. Dana dan pelabur menjadi faktor yang membantutkan angan-angannya itu.

Sebagai artis, Awie tidak terkecuali daripada menjadi bahan kebencian netizen. Bagi Awie, caci maki menjadi makanannya yang tidak henti-henti dihentam di media sosial Facebook.

Bagaimanapun, perancangan Awie bersama Wings tetap diteruskan. Dengan menggunakan Super Friends, Wings terus melangkah dan bakal mengadakan satu persembahan berupa konsert bersama Datuk M. Nasir menerusi Karnival Fiesta GETTHIS. - UTUSAN ONLINE