Paip pecah, lebih 500 kediaman di Semenyih terjejas bekalan air

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 19 Julai - Lebih 500 kediaman di Semenyih terjejas bekalan air ekoran insiden paip pecah di Batu 2, Jalan Bangi Lama, Semenyih, Selangor sejak malam tadi.

Kawasan-kawasan yang terjejas termasuk, Semenyih Sentral, Kampung Baru Cina, Taman Raja Tun Muda, Taman Semenyih Jaya dan sekitar Batu 1 hingga Batu 2 Jalan Bangi Lama.