Tanpa rasa bersalah penunggang motosikal terus langgar lampu isyarat

  • 6 tahun lalu
Tanpa menunjukkan tanda tanda bersalah penunggang motosikal terus melanggar lampu isyarat berwarna merah.

Tinjauan UTUSAN ONLINE di beberapa lampu isyarat sekitar ibu negara mendapati mereka dengan bersahaja melakukan kesalahan tersebut tanpa rasa takut disaman atau dilanggar kenderaan lain.

Ada juga yang bertindak terlebih berani dengan berhenti di tengh tengah persimpangan menanti masa sesuai untuk melanggar peraturan lalu lintas.

Ramai terlupa, sikap mementingkan diri ini merugikan semua pihak, kerana selain memperjudikan nyawa dan keselamatan diri sendiri, ia turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Isu sebegini tidak akan ada penyelesaian selagi penunggang motosikal tidak sedar perlakuan merbahaya sebegini tidak mendatangkan manfaat kepada mereka

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.