Cinta Rimy pada gasing

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 5 Julai - Gasing antara pemainan tradisional yang masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya orang Melayu. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, itulah pepatah Melayu yang sesuai untuk menggambarkan kelangsungan permainan tradisional itu.

Bagi Rimy Azizi Ab Karim, 37, cintanya kepada sukan tradisional itu bukan sahaja membawa dia untuk bermain sebagai pemutar gasing.

Lebih daripada itu, sejak mula belajar bermain gasing pada usia 14 tahun, dia berusaha mendalami teknik dan kemahiran membuat gasing.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.