Pasangan dituduh kali keempat eksploitasi lapan remaja

  • 6 tahun lalu
KOTA BHARU 14 Mei - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan eksploitasi ke atas lapan remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun pada Mac lalu.

Tertuduh Muslim Ab. Karim, 56, dan isterinya Zaleha Mohamad, 54, bagaimanapun minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacarakan secara berasingan di hadapan Hakim Nazri Ismail.