5,500 sertai Larian Muafakat Guru

  • 6 tahun lalu
JOHOR BAHRU 13 Mei - Kira-kira 5,500 orang termasuk warga pendidik dan pelajar menyertai Larian Muafakat Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Bandaraya, di sini pagi ini.

Majlis pelepasan larian sejauh 6.6 kilometer yang merupakan salah satu aktiviti sempena Festival Hari Guru 2017 anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan
itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada pukul 8.30 pagi.