Advokasi Ilmuwan Terjaminkah keselamatan Sabah?

  • 6 tahun lalu
KOTA KINABALU 22 Dis. – Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan agar kerajaan menjadikan pemasangan sistem teknologi radar sebagai satu polisi di resort-resort dan pusat percutian di sepanjang Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi memastikan kawalan keselamatan di situ lebih terjamin dan berkesan.
Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, soal keselamatan tidak boleh diletakkan di bahu pihak berkuasa Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) semata-mata, sebaliknya masyarakat juga perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara.
Katanya, secara keseluruhan, kawalan keselamatan di Sabah kekal terjamin, namun beberapa insiden yang berlaku kerana kelemahan tertentu dan telah di­sebarkan oleh media antarabangsa menyebabkan wujud persepsi negatif yang boleh menjejaskan ekonomi negeri terutama dalam sektor pelancongan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.