Ahmad Shabery sambut pengunjung ke MAHA 2016

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini meluangkan masa menyambut kedatangan pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini.

Ahmad Shabery sampai ke Laman Tiba Dua kira-kira pukul 11.30 pagi dengan menunggang motorsikal dan beliau seterusnya beramah mesra dengan pengunjung yang baharu sahaja tiba ke tapak pameran pertanian terbesar negara itu.