Makan Mana #3: Air menara keunikan Harmony Zone

  • 6 tahun lalu
Harmony Zone yang terletak di Rawang menyajikan makanan ala barat dan Itali dengan konsep kekeluargaan.

Di sinilahlah satu-satunya tempat lepak makan-makan yang disajikan air yang diisi dalam bekas berbentuk menara dengan kapasiti 3 liter.

Selain tu, Harmony Zone juga turut menyajikan pelbagai jenis menu masakan barat tapi yang paling famous ialah sajian kombo.

Macam-macam menu ada untuk menjamu selera. Ada 35 jenis makanan, 21 jenis air menara, 48 jenis air big cup dan enam pemanis mulut.

Harmony Zone turut menyediakan peluang berniaga francais air big cup dengan pakej tawaran menarik.

Langsung ke Harmony Zone Cafe di
12A, Jalan Tun Teja 1, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor.
Tel: 03-60900553
FB: www.facebook.com/HarmonyZoneHQ