Kejadian histeria di SK Pasoh 3 berlarutan sejak Ogos

  • 6 tahun lalu
JEMPOL 11 Nov. - Kejadian histeria di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3 di sini semakin merisaukan ibu bapa dan guru apabila 23 murid perempuan dan empat murid lelaki menjadi mangsa pagi tadi.

Wartawan Utusan Malaysia yang membuat tinjauan di sekolah itu hari ini melihat bagaimana murid-murid terbabit bagaikan dirasuk bermula pada pukul 11 pagi.

Salah seorang murid lelaki  tahun empat tiba-tiba muntah manakala salah seorang murid perempuan tahun lima yang tidak sedarkan diri berkelakuan seperti harimau.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.