SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN Lagu ciptaan Pak Ngah bangkitkan semangat patriotik

  • 6 tahun lalu
SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN: Lagu ciptaan Pak Ngah bangkitkan semangat patriotik

WARTAWAN: HASNURUL MOHAMED JURUVIDEO: KAMARUL KAMARUDIN TARIKH: 16 OGOS 2016 LOKASI: PAK NGAH PRODUCTION, SETAPAK, KUALA LUMPUR

Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau tetap mesra dengan panggilan Pak Ngah dalam kalangan wartawan hiburan tanah air tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kehebatan dirinya sebagai komposer yang amat dihormati.

Sentuhan melodi dari jari jemari Pak Ngah bukan sahaja melahirkan lagu-lagu pop, balada dan etnik tradisional tetapi juga mencakupi lagu tema dan patriotik.

Antara puluhan lagu gubahan dan ciptaan Pak Ngah, dua lagu patriotik, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia adalah antara komposisi lagu-lagu patriotik daripada Pak Ngah.

Kata Pak Ngah, apabila beliau mencipta lagu patriotik, bukan sahaja melodinya memainkan peranan tetapi lirik dan keseluruhan lagu ciptaannya mesti membangkitkan semangat cintakan negara.

Sempena dengan bulan kemerdekaan, wartawan UTUSAN ONLINE, HASNURUL MOHAMED bersama juruvideo, KAMARUL KAMARUDIN bertemu secara eksklusif DATUK SUHAIMI MOHD. ZAIN di pejabatnya, Pak Ngah Production yang berbicara tentang penciptaan lagu-lagu patriotik dalam kalangan komposer tanah air. - UTUSAN ONLINE