Man Kidal nafi buat perniagaan money game

  • 6 tahun lalu
Pengasas kumpulan Lefthanded dan gitaris yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik tanah air, Man Kidal mendambakan diri sebagai anak seni selama lebih 30 tahun.
Disenangi oleh rakan-rakan artis seangkatan dengannya dan dihormati oleh peminat dan penggiat muzik generasi muda, Man Kidal berusaha gigih untuk membuka syarikat sendiri dan menjalankan perniagaan secara halal bagi menjamin masa depan beliau dan keluarga.
Bagaimanapun nama baik Man Kidal dan syarikat terpalit dengan tohmahan dan fitnah yang boleh menggugat reputasi dirinya dan syarikat.
Oleh itu baru-baru ini, Man Kidal mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan pencerahan dan penjelasan tentang apakah sebenarnya yang berlaku.