Utamakan kerusi keselamatan kanak-kanak ketika pulang berhari raya

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 21 Jun – Pengguna jalanraya disaran mengutamakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak terutama pada musim perayaan bagi menggurangkan kadar kematian apabila berlakunya kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalanraya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, A. M. Subashini Jane berkata, penyebab utama kematian kanak-kanak dalam kemalangan adalah disebabkan ibu bapa yang mengabaikan ciri keselamatan ketika memandu.

“Kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak ini berperanan menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.

“Ibu bapa seharusnya menitikberatkan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak kerana kemalangan sering berlaku akibat kecuaian pengguna jalanraya terutamanya ketika musim perayaan” katanya.

Menurut Subashini, pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang enteng. Ini kerana, ibu bapa harus memastikan kerusi yang dibeli itu mempunyai standard piawaian dan sesuai dengan peringkat umur. – UTUSAN ONLINE