Ecah nak jumpa PM

  • 6 tahun lalu
Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kedua-dua kakinya hilang kira-kira lima bulan lalu ternyata tidak melemahkan semangat Siti Nuraisyah Sahrin, 13, untuk terus hidup berdikari sebagai seorang anak muda normal. Malah, semangat yang ditunjukkan oleh Nuraisyah atau lebih manja dipanggil Ecah, menggembirakan ibu bapanya.

Sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar ini, Ecah amat berharap untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu memberi sumbangan sebaik sahaja mendengar Ecah ditimpa kemalangan digilis sebuah lori di Parit 16, Sungai Panjang pada 18 Januari lalu.

Disyorkan