[PRK P.093] Tun M terus duduk bersama pembangkang

  • 6 tahun lalu
Hari ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad duduk bersama-sama parti pembangkang yang dahulunya beliau keji untuk mengitar semula tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kempen membantu calon PAN di Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.
Tindakan itu dilihat seolah-olah mahu mengelak daripada menjawab terhadap isu ribuan tandatangan palsu yang digunakan untuk Deklarasi Rakyat atau lebih tepat Deklarasi Mahathir-Kit Siang.
Jika dahulu pemimpin DAP, Lim Kit Siang adalah individu yang paling beliau benci, namun kini, mereka duduk bersebelahan dalam mencapai agenda masing-masing.