Sinergi Rakyat program mendekati warga miskin bandar

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Sinergi Rakyat merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor untuk mendekatkan diri dengan warga miskin bandar di negeri ini.

Program yang berkonsepkan Strategi Lautan Biru kerajaan Persekutuan itu juga bagi menyediakan perkhidmatan langsung di 'hadapan pintu' kediaman rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar negeri ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, melalui program ini semua jentera bergerak agensi kerajaan Persekutuan dan badan-badan berkanunnya dikumpulkan di satu-satu lokasi untuk memberikan perkhidmatan mereka.

"Di luar bandar, dah banyak program bergerak seperti ini dilakukan. Jadi kami tumpukan ke kawasan pinggir bandar dan bandar, di rumah-rumah flat, perumahan rakyat (PPRT) dan kawasan-kawasan dikenal pasti mempunyai kadar miskin bandar yang tinggi.'

"Program ini membantu rakyat menikmati perkhidmatan terbaik disediakan kerajaan seperti khidmat perubatan, kaunseling, nasihat perniagaan dan pendidikan," katanya.

Ikuti temu bual eksklusif Utusan Online bersama Noh, di lobi Parlimen, di sini baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE