Pelancaran Panasonic Econation

  • 6 tahun lalu
Kami amat berterima kasih kepada semua sokongan anda dalam mempromosikan deklarasi Econation kami. Tetapi hari ini IGEM merupakan salah satu daripada aktiviti sokongan Panasonic untuk kempen terbaharu ECONATION. Dan sekali lagi, terima kasih banyak-banyak terhadap sokongan tidak berbelah bagi selain kedatangan anda di sini.

Kita menyertai IGEM tahun lepas dan untuk itu, kami berjaya mendapat projek panel solar di Iskandar Malaysia di Johor Bahru. Namun ia hanyalah pemasangan untuk 1,000 panel solar, walaupun dilihat dilakukan dalam skala kecil, tapi ia merupakan projek panel solar Panasonic pertama di luar Jepun, ia satu yang amat hebat, merupakan satu rekod baru kepada kami.

Juga dalam dalam perancangan, selepas IGEM ini, kami mempunyai beberpa projek penghawa dingin VRF. Malah, penyertaan ini juga telah menjulang jenama kami di kalangan perniagaan ke perniagaan (B to B) dan perniagaan ke kerajaan (B to G). Selain itu, kami juga telah memenangi Anugerah Eko oleh Brand Laurette, anugerah ekologi pertama yang kami menang.

Apa pun tahun lepas, di IGEM, kami memenangi reka bentuk ruang pameran terbaik. Itu sudah cukup baik untuk penjenamaan kami dan juga imej, namun apa yang paling penting ialah kami melakukan apa yang kami cakap.