Peluang petugas media "angkat senjata"

Idea Kita

oleh Idea Kita

1 tontonan
Hari tentera darat bersama media sering diadakan dalam merapatkan hubungan antara kedua-dua organisasi itu dalam menjalankan tugasan seharian.

Aktiviti sebegini dilihat mampu merungkaikan setiap permasalahan antara tentera darat dan media yang mempunyai peranan dalam membangunkan negara mengikut profesionalisme masing-masing.

Hari tentera darat bersama media juga memberi peluang kepada media untuk merasai sendiri penggunaan senjata oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia termasuk diberi peluang untuk mencuba melakukan tembakan di lapang sasar.