Menjamu iftar bawa rahmat berganda

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Setiap kali Ramadan menjelma, umat Islam akan membanjiri bazar-bazar dan hotel-hotel untuk berbuka puasa ataupun iftar.

Namun, di sebalik keasyikan kita berbelanja besar, ramai yang tidak menyedari bahawa dengan menjamu iftar bagi mereka yang berpuasa, kita bakal memperolehi kerahmatan berlipat kali ganda.

Menurut Imam Masjid Al Bukhary, Ustaz Syed Muhammad Syed Yaziz, Rasullah S.A.W pernah bersabda bahawa mereka yang menjamu iftar akan beroleh keseluruhan pahala umat Islam yang dijamu.

Jelas beliau, disebabkan ganjaran yang besar itu, para sahabat tidak kira taraf kekayaannya pada ketika itu berebut-rebut untuk mengadakan jamuan iftar.

Syed Muhammad turut menyarankan agar aktiviti menaja iftar ini dijadikan amalan oleh semua umat Islam kerana ia juga boleh menjadi sebahagian daripada dakwah yang mampu menarik perhatian muslimin dan juga yang bukan Islam. - UTUSAN ONLINE