Anak tiri Najib ke SPRM kali ke-4

  • 6 years ago
Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi memberi keterangan buat kali keempat berhubung siasatan 1MDB.

Riza, 48, yang menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.50 pagi.

Ini merupakan hari keempat berturut-turut Riza yang juga Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat perfileman di Los Angeles, Amerika Syarikat diambil keterangan berhubung kes tersebut bermula Selasa lalu.

Recommended