Video Korporate Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA)

  • 6 tahun lalu
Jika anda menternak ayam secara komersial, anda disyorkan join PUSAKA. PUSAKA adalah singkatan kepada PERSATUAN USAHAWAN AYAM KAMPUNG MALAYSIA. Layari http://ayamkampung.com.my/

Persatuan ini telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada10 OGOS 2016 (No pendaftaran PPM-007-10-10082016). Mesyuarat penubuhan PUSAKA yang telah diadakan pada 18 Jun 2016 di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras yang telah dihadiri lebih 40 orang usahawan ayam kampung dari seluruh Malaysia.

Mesyuarat yang bermula pada 2 ptg dan tamat pada 5 ptg telah dipengerusikan oleh Dr. Abd Razak Mohd Zailan. Selain perlantikan AJK, mesyuarat juga telah membincangkan isu-isu dan cadangan aktiviti serta langkah-langkah yang harus diambil untuk mencapai objektif penubuhan.

Ia adalah bertujuan menghimpunkan semua warga yang terlibat dalam industri ayam kampung di Malaysia demi kemajuan bersama.


1. RANGKAIAN PERNIAGAAN

Membina rangkaian perniagaan ayam kampung dikalangan ahli dan meningkatkan daya saing pengkhususan bidang masing-masing.

2. PROGRAM & AKTIVITI

Menganjurkan program dan aktiviti berkaitan perternakan dan perniagaan ayam kampung untuk meningkatkan pengatahuan dan daya saing.

3. KERJASAMA

Mengeratkan kerjasama dikalangan ahli dan memupuk semangat bantu-membantu.

4. KEBAJIKAN

Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan.

#ayamkampung #persatuanayam #PUSAKA #persatuanayamkampung #PUSAKA #usahawanayamkampung

Disyorkan