"Meja, kerusi kena angkat tapi saya gagah juga meniaga," - Aliff Syukri

  • 6 years ago
Rumah Makan Terlajak Laris yang dmiliki oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Aliff menerusi siaran langsung di akaun Facebooknya meluahkan kekecewaan terhadap serbuan itu.

Pihak berkuasa turut merampas peralatan perniagaan iaitu kerusi dan meja yang dipercayai diletak ditempat menghalang laluan.

Bagaimanapun selepas serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, restoran Aliff meneruskan operasi seperti biasa.

Berita Harian melaporkan MBPJ akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian tersebut.