Fenomena Super Blue Blood-Moon

  • 6 years ago
Rakyat Malaysia menyaksikan tiga fenomena serentak yang akan berlaku ke atas bulan iaitu ‘Super Blue Blood-Moon’ pada 31 Januari yang lalu, satu fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku kali terakhir 152 tahun lepas.

Fenomena yang kali terakhir berlaku pada 31 Mac 1866 itu merupakan gabungan fenomena ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon’, menurut kenyataan dikeluarkan Planetarium Negara kepada Bernama hari ini.

Menurut kenyataan itu, fenomena ‘Supermoon’ terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.