Moscow 'faham' kemarahan Palestin terhadap Trump

  • 6 years ago
Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata Moscow "memahami" kemarahan Presiden Palestin, Mahmud Abbas, yang sebelum ini menyelar usaha damai Asia Barat anjuran Amerika Syarikat (AS) sebagai “tamparan abad ini”.

Tindakan Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel memberi kesan lebih buruk kepada usaha damai antara kedua belah dua pihak.

Setakat ini Rusia tidak pernah melihat dokumen menjelaskan pelan damai (mengenai konflik Israel-Palestin) yang akan memuaskan semua pihak yang sentiasa diuar-uarkan oleh AS. - AFP, 16 Januari, 2018

Recommended