Iraq 'bedal' Malaysia pembuka tirai Piala Asia B-23

  • 6 years ago
Malaysia ternyata tidak mampu melawan asakan pasukan Iraq apabila tewas mudah 1-4 pada aksi pertama peringkat Kumpulan C, Piala Asia B-23 semalam.

Iraq membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 hasil tandukan cantik pemain Mohammed Jaffal.

Gol kedua Iraq terhasil 23 minit kemudian hasil sepakan leret menewaskan penjaga gol negara, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan pemain Malaysia terus dihukum dengan gol ketiga dari Alaa Ali Mhawi pada minit ke-57.

Cubaan bangkit pasukan negara menerusi gol tunggal hasil rembatan deras Safawi Rashid pada minit ke-79.

Namun dua minit selepas itu Iraq menambah gol ke empat untuk penutup jaringan dalam perlawanan tersebut.

Selepas ini skuad negara bakal bertemu Jordan untuk aksi kedua Sabtu ini.