Rajinikanth, isteri tiba di Malaysia

  • 6 years ago
Pelakon 'Superstar', Rajinikanth tiba di Malaysia kira-kira 6 pagi tadi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), dengan menaiki pesawat penerbangan Malindo.

Rajinikanth tiba bersama isterinya, Latha serta lebih 200 pelakon lain.

Bintang filem terkenal India itu dijangka akan membawa beberapa kejutan berkaitan filem terbarunya 'Robo 2.0' di program 'Nachathira Vizha 2018' yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, esok.

Pesta itu yang menghimpunkan lebih 30,000 penonton, akan bermula pada 10 pagi hingga 10 malam, dan ia bukan sahaja mengetengahkan acara hiburan tetapi juga perlawanan kriket dan bola sepak.