Diaz cakap Melayu, netizen terhibur video tahun baru JDT

  • 6 years ago
Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) memuat naik video ucapan selamat tahun baru 2018 buat para penyokong mereka.

Video berkenaan mendapat pujian para pelayar internet selepas penyerang sensasi mereka yang kembali bersama Jorge Pereyra Díaz memberikan ucapan dalam bahasa Melayu.

Selain Diaz, Natxo Insa juga memberikan ucapan tahun baru dengan berbahasa Melayu.

Gelagat Diaz bersungguh-sungguh bercakap dalam bahasa Melayu itu menghiburkan para netizen yang melihat video berkenaan.

Video berkenaan juga menampilkan pemain import baru JDT, La' Vere Corbin-Ong, Bruno Gabriel Soares, S. kunalan, Junior Eldstål, Marcos Antonio dan jurulatih Ulisses Morais serta pembantunya.

JDT kini giat berlatih untuk perlawanan persahabatan menentang kelad Thailand bermula 10 Januari nanti.

Selepas itu JDT akan bermain untuk kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan perlawanan Piala Sumbangsih menentang Kedah pada bulan Februari depan.

Category

🗞
News

Recommended