Kaka umum bersara

  • 7 years ago
Ricardo Izecson dos Santos Leite lebih dikenali sebagai Kaka atau Rocardo Kaka mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Bekas bintang AC Milan dan Real Madrid membuat pengumuman itu di laman Twitter.

"a lebih daripada yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya kini bersedia untuk perjalanan seterusnya," tulisnya di Twitter.

Pemain Brazil berusia 35 tahun itu adalah pemenang Ballon d'Or 2007 sebelum trofi itu menjadi pertarungan dua penjuru Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo hingga kini.

Memulakan kerjaya di Sao Paulo pada 2001 dan meraih Piala Dunia pada tahun 2002. 2003 Kaka berhijrah ke AC Milan dan menjadi bintang ternama dengan pelbagai kejuaraan sebelum ke Real Madrid pada tahun 2009.

Di Real Kaka bergadingan bersama Cristiano Ronaldo sebelum pulang ke Milan pada tahun 2013.

Recommended